Perihal: kategori-kategori berkaitan pemerintahan Perbincangan_pengguna:Zahirulnukman

Salam, saudara! Saya datang di laman perbincangan untuk kemukakan suatu isu: saya perasan saudara pindahkan kategori berkaitan "pemerintahan" kepada "kerajaan". Cuma, masalahnya "kerajaan" itu sendiri sudah ada konotasi monarkis yang sangat tidak bersesuaian jika untuk mengelaskan entri berkaitan negara republik seperti Singapura yang memang pakai istilah "pemerintah" memadankan dengan government dalam penulisan rasmi berbahasa Melayu mereka, malah boleh bertindih dengan maksud lain istilah yang bermaksud kingdom. Bahkan entri government memang default kepada tajuk beristilah "pemerintahan" sudah lama dipersetujui sebelum saya menyunting secara aktif dalam WBM lagi...saya rasa kita kena selaraskan itu aspek neutral negara itulah. Anumengelamun (bincang) 08:31, 20 Mei 2021 (UTC)

Salam sejahtera, saudara. Saya setuju untuk aspek pengkategorian, kita menggunakan istilah 'pemerintahan' untuk government, berbanding kerajaan. Ini disebabkan perkataan kerajaan akan bertindih/bertindan dengan banyak perkataan melambangkan raja dalam bahasa Inggeris, sebagai contoh "Kingdoms" dan "Royalty" yang perlu menggunakan istilah BM yang sesuai dan selaras.Saya sebelum ini banyak memindahkan sebagaimana saudara nyatakan, disebabkan berlakunya pertindanan kategori yang sama menggunakan istilah yang berbeza (iaitu kerajaan dan pemerintahan - sedangkan kedua-duanya selari dengan istilah BI: government). Jadi, atas sebab itu saya sebelum ini banyak memilih perkataan kerajaan. Ini disebabkan kebanyakan rencana banyak dihimpunkan dalam kategori yang menggunakan istilah kerajaan, berbanding pemerintahan.Jika saudara ingin menyelaraskan semula penggunaan istilah tersebut, dipersilakan. Saya terbuka dan akan bantu kemudian. Tindakan saya sebelum ini disebabkan juga ketidakcaknaan saya terhadap pengistilahan yang diselaras sebelum ini. Zahirul Nukman (bincang) 09:40, 20 Mei 2021 (UTC)Salam kembali! Saya syukur saudara dapat sudi mendengar. Saudara mungkin mengehadkan diri kepada sumber-sumber Malaysia dalam pembacaan sedemikian sedangkan WBM dah lebih luas skopnya sebab ia *dedicated* untuk mana-mana negara yang ada komuniti berbahasa Melayu. Saya cadangkan saudara banyak teliti sumber-sumber luar Malaysia jika mahu teliti benda begini: Singapura (melalui Berita Mediacorp) dan Indonesia ada sumber boleh dijadikan contoh penulisan mencerminkan pemerintahan republik dalam hal pelaporan dasar-dasar pemerintahan.Banyak penyelarasan itu saya sudah buat kembalikan. Cuma, ada juga entri-entri kategori yang saudara olahkan secara automatik dengan kemudahan "Khas:Pindah laman" sampai semua butiran data wiki terpindah secara ketara yang saya tidak dapat kembalikan secara manual. Saya bukan penyelia, jadi saya tak dapat buat sendiri. Maka, saudara kena jumpa penyelia sendiri selesaikan bahagian reverting dikerjakan ini nampaknya. Anumengelamun (bincang) 05:04, 21 Mei 2021 (UTC)